Sabtu, 27 Juni 2015
Di Masjid Ini, Anak-anak Diberi Pembatas Khusus Untuk Shalat
LELAKI MENGAMUK PIHAK MASJID ASINGKAN SAF KANAK KANAK| Sebuah gambar kanak kanak mengerjakan solat di sebuah masjid dengan saf yang di asingkan menjadi isu dikalangan pengguna media sosial,gambar yang di kongsikan oleh Ayah dean dengan perkataan ketidak puasan hatinya mengenai saf kanak-kanak yang di asingkan dibelakang:
Apakah mengasingkan kanak-kanak itu sunnah? adakah mereka itu najis? adakah anak-anak itu penyebab putusnya saf? masjid2 besar di malaysia biasanya begitu! yang sedih juga antara sunnah Rasulullah saw dalam masjid seperti tidu seketika dilarang dan siap diletakkan papan tanda”dilarang tidur” itu belum dibicara saf dan tandas VIP.tulisnya dalam kenyataan itu.
Sukan Star TV yang meiralkan gambar tersebut yang mungkin mencari jawaban atas isu itu mendapat perhatian ramai,seperti biasa pertelingkahan antara pengguna facebook dengan pendapat masing-masing.ada yang setuju tentu dengan beberapa alasan.
Raizo Wan :kalau kanak2 tu xbising xda hal lah….mostly diowg suka bising sampai menggangu jemaah lain…pihak masjid ada sbb lah buat mcm ni,.bukan saja2 nk asing.
Kadir Ariff: Tak perlu jadi Isu… jika ianya dipantau oleh org tak da masalah.. Isunya skrng masjid bukan tempat main2… adapun nak main2.. bukan depan saf org nak solat… tapi blkang… yg dia buat gini pun ada org jaga… ada org pantau mereka utk solat..daripada Mereka dok kacau org buat bising… ini lebih baik…..
Ab Ghani:Tidak boleh sampaikan jadi mcm…ini dah dikira menghilangkan semangat kanak2 untuk kerumah Allah..cuma kanak2 digalakkan berada dibelakang saf lelaki dewasa,bukan apa diajar supaya menghormati org yg lebih dewasa..yg tua dihormati yg muda dikasihi..
Ishak Musa: Janganlah diasingkan sampai begitu sekali…..ini boleh menjadikan kanak kanak x nak datang ke masjid …budak pun punya perasaan letak kan ia kat saf belakang sikit hanya sebelum sembahyang b.yg dewasa ingatkan supaya mereka x bising dan mengganggu jemaah lain….wallahuaklam…
Kebenara dan alasan yang cukup kuat dengan pendapat masing-masing,perkara agama yang sensitif seperti ini patutnya di tanyakan pada yang lebih arif atau ustad,apabila isu seprti ini dikedepankan kebanyakannya yang sibuk mencari populariti bukannya solusi.
Galakan membawa anak ke masjid
Membawa anak-anak ke masjid ialah suatu perbuatan yang amat digalakkan, ini kerana dengan melaziminya akan membiasakan mereka untuk bersolat di masjid. Adalah menjadi tanggungjawab serta perhatian kepada setiap ibubapa atau penjaga, apabila anak-anak mereka mencapai usia tujuh tahun untuk disuruh melakukan solat dan melazimi mereka ke masjid. pukullah mereka setelah mencapai sepuluh tahun sekiranya mereka tidak melakukan solat.
Nabi s.a.w bersabda di dalam sebuah hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:
مُرُوا أَوْلاَدَكُم بِالصَّلاَةِ وَهُم أبنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوهُم عَلَيها وَهُم أبنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ.
Maksudnya:
Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mendirikan solat ketika umur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mendirikan solat) ketika umur mereka sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka antara lelaki dan perempuan.
Adapun hadis yang diguna oleh sebahagian pihak yang melarang membawa kanak-kanak ke masjid merupakan hadis yang dhoif dan tidak boleh dijadikan hujah iaitu:
Hadisnya berbunyi:
جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ..
Maksudnya: Jauhkanlah kanak-kanak dari masjid. hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban(hadis dhoif).
Saf kanak-kanak
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.h. beliau berkata:
أنَّهُ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَم صَلَّى في بيتٍ أُمِّ سُلَيْمٍ فَقُمْتُ أَناَ وَيَتِيْمٌ خَلْفَهُ وَأُمِّ سُلَيْم خَلْفَنَا
Maksudnya:
Nabi s.a.w. bersolat dirumah Ummu Sulaim, Aku (Anas) dan seorang yatim mengikutnya bersolat dibelakangnya dan Ummu Sulaim dibelakang kami.
Ibn Abbas r.h. berkata:
تُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ، فَقَامَ النَّبِي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يُصَلِّيبِ مِنَ اللَيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي وَأَقَامَنِي عَنْ يَمِيْنِهِ.
Maksudnya:
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya. Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya (buat bising) Hadis yang pertama Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w. maka sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat disebelah Nabi s.a.w.
Jelaslah bahawa tiada saf yang khusus dijadikan untuk kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh sebahagian masjid. kanak-kanak boleh dimasukkan sekali ke dalam saf orang dewasa jika merekan tidak berbuat bising.
Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak
1- Antara dalil yang digunakan oleh mereka yang mengkhususkan saf bagi kanak-kanak sehingga menjadikan saf kanak-kanak jauh di belakang masjid ialah hadis yang diriwayatkan Muslim:
لِيَلِنِي مِنْكُم أُوْلُو الأَحْلاَمِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُم، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ
Maksudnya:
Hendaklah mereka yang berada dibelakangku ahli ahlam (baligh) dan Nuha (beraqal), kemudian seterusnya dan seterusnya…(juga maksud ulil ahlam dan nuha ialah mereka yang mempunyai ilmu dan tahu hukum hakam solat berjemaah, boleh membetulkan imam sekiranya tersilap)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar